Friday, February 19, 2010

Baka-baka Arnab

Vienna white
Negara asal: Austria. Tegap. Berat 8-12 lbs. 2 warna - Biru Vienna dengan warna gelap biru di bahagian atas, & cerah di bahagian bawah cerahr & putih Vienna.


Beveren
Negara asal: Beveren, Belgium. Pengeluar daging dan bulu. Salah satu arnab besar yang mengeluarkan bulu. Berwarna cerah biru "lavender", putih, berkilat, hitam dengan biru gelap sebagai latarbelakang, perang & ungu lembut. Ada juga jenis yang jarang didapati yang dipanggil Pointed Beveren warna sama tapi warna puith dihujung bulu. Ciri yang ketara untuk bulu warna putih ialah mata birunya. Badan jenis "Mandolin " . Haiwan kesayangan yang paling sesuai untuk kanak-kanak kecil. Anggaran berat 8-12 lbs.


Tan
Negara asal: Derbyshire, England. Kacukan arnab liar Dutch. Ada bahagian badan yang berwarna keemasan perang dan bahagian lain berwarna hitam, biru, coklat atau ungu lembut. Berat 4-6 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.


Silver Fox
Negara asal: Ohio. Hitam berkilat dengan warna perak. Baka daging yang diminati. Peratus daging yang tinggi selepas diproses. Salah satu baka yang popular dengan bulunya. Luarbiasa panjang, lebat dan warna perak yang serata. Bulu lebih panjang jika dibandingkan dengan bulu baka arnab komersial yang biasa; bulu yang lebih halus. Berat 9 -12 lbs. Lemah lembut. Baka yang mudah dipelihara. Ibu yang cemerlang. Boleh sesuaikan diri dengan semua cuaca.


Silver Marten
Dikenali sebagai "Silver Fox" di England. (tidak sama dengan "Silver Fox" di America) Hitam, biru, cokelat, sabel dengan hujung warna perak dari perut hingga ke tepi dan punggung kecuali bahagian belakang. Berat 6-9 1/2 lbs.


American Chinchilla
Negara asal: France. Baka yang mempunyai bulu yang terbaik . Lebat dan halus 1 1/4 " panjang . Licin dan berkilat. Bulu di bahagian bawah selalunya biru, bahagian tengah kelabu mutiara, menjurus ke warna putih dan hujung berwarna hitam. Bulu panjang dan hitam. Berbadan bulat. Juga dikenali sebagai "Heavyweight Chinchilla". Berat 9-12 lbs. Berat Chinchilla gergasi ialah 12-16 lbs, manakala berat Chinchilla yang standard ialah 5-7 1/2 lbs. Haiwan kesayangan yang baik.


English Spot
Pada asalnya ianya mirip kepada Checkered Giant. White rabbit yang mempunyai hidung rama-rama yang berwarna, tanda berantai, pipi bertompok, telinga berwarna & jaluran "herringbone" biru, "tortoiseshell" berwarna hitam, keemasan, ungu lembut, kelabu atau cokelat. Juga dipanggil "Lapin Papillon Angalias" di Perancis atau arnab rama-rama Inggeris kerana hidungnya berbentuk rama-rama . Berbadan panjang dan melengkung. Cepat membesar, dan pengeluaran daging selepas diproses tinggi pada peringkat yang muda. Berat 5-8 lbs.


Sable
2 jenis: "Marten sable" dengan warna putih di bahagian bawah atau "Siamese sable" yang tidak mempunyai warna putih di bahagian bawah. Berbulu sutera yang lebatr. Sangat tenang.


American Sable
Kacukan Chinchilla. Berwarna cokelat "sepia" yang pekat di kepala, telinga, belakang, kaki & bahagian atas ekor. Berbulu lembut, lebat, halus dengan bulu bahagian luar yang kasar. Berat 7-10 lbs.


Rhinelander
Negara asal: Germany. Arnab pedaging dengan bulu yang lebat dan seperti sutera. Bertanda putih dengan hitam & jingga keemasan terang (6-8 tanda bulat di kedua-dua belah badan , dan juga tanda di tulang belakang, bertanda seperti rama-rama di hidung, bulatan di mata, telinga berwarna dan tompok bulat di pipi). Berat 6 1/2-10 lbs.


Castor Rex, Mini Rex dan Seal Point Rex
Negara asal: France. Berwana hitam, biru, "broken group, californian", "castor, chinchilla", cokelat, himalayan, ungu lembut, "lynx", "opal", merah, "sable", "seal tortoise" & putih. Terlalu lebat, bulu lurus 5/8" . Lemah lembut dan semulajadinya baik. Haiwan kesayangan yang baik. Selalunya berat diantara 7 1/2-10 1/2 lbs. Berat "mini rex" 3-4 1/2 lbs.


Britannia Petite
Negara asal: Britain. Baka yang paling biasa ialah berwarna putih dan bermata merah. Pembawaan yang buruk. Tidak sesuai dijadikan haiwan kesayangan. Mempunyai mata yang berwarna biru dan merah. Bulu yang pendek dan halus. "Fly back coat". Berat < style="font-weight: bold;">Palomino
Negara asal: Washington. Warna keemasan, "lynx" c.Berat 8-11 lbs. Satin Negara asal: Indiana, USA. Nama diperolehi dari ciri-ciri bulunya yang sangat berkilat. Bulu seperti sutera , halus, lebat dan tebal. Berwarna putih kuning, hitam, biru, pecahan, "californian", "chinchilla", cokelat, tembaga, merah, siamese & putih. Berat 8 1/2-11 lbs.


New Zealand
Negara asal: America. Warna putih, hitam & biru. Bulu berwarna merah keemasan terang lebih kasar jika dibandingkan dengan warna lain. Berbadan panjang dan berotot. Berat 9-12 lbs.

Netherland Dwarf
Negara asal: Netherlands. Kacukan diantara Polish & arnab liar yang kecil. Pelbagai warna dan corak. "Self", bayangan, "agouti", corak "tan", "fawn", "himalayan", jingga, "steel", "tortoiseshell". Bulu pendek dan padat. Telinga berbulu, tegang dan nampak pendek jika dibandingkan dengan kepala. Bulu warna hitam semulajadi. Berat < style="font-weight: bold;">Lilac
Kacukan Havana . Mempunyai bidang badan yang kecil tetapi mempunyai daging yang banyak. Daging selepas proses masih tinggi. Mempunyai bulu yang lebat dan seperti sutera dan berwarna merah jambu "dove shade" di seluruh badan. Berat 5 1/2-8 lbs.

Magpie Harlequin dan Japanese Harlequin
Negara asal: France. Kepala berwarna hitam, Telinga, kaki dan badan berwarna biru, cokelat, ungu lembut. Badan berbelang dengan warna-warna ini dan berselang dengan warna jingga keemasan untuk Japanese dan putih bagi Magpie. Kepala terbahagi dua dengan setiap bahagian berselang warna dan warna telinga berlawan dengan warna kepala. Berat 6 1/2- 9 1/2 lbs.


Jersey Wooly
Negara asal: New Jersey. Arnab yang kecil yang mempunyai gene kerdil. Badan pendek, padat dan bulat. Berbulu panjang, lebat dan gebu. Panjang yang ideal 2-3". Berbagai warna. Berat < style="font-weight: bold;">Hotot
Negara asal: Peranchis. Mata putih dengan cecincin hitam. Berbadan pendek, padat dan bulat. Badan sekata lebar dari bahu hingga ke pinggang. Kepala besar dengan tengkorak dan muncung yang lebar, Telinga pendek dan berbulus. Berat standard 8-11 lbs; berat yang kerdil < style="font-weight: bold;">Holland Lop
Kacukan di antara Dwarf -French Lop x English Lop. Berbulu pendek, Berotot berat. Berat < style="font-weight: bold;">English Lop
Baka yang terbaik Paling popular. Badan "Mandolin type" . Telinga sangat panjang dan " lop". Panjang minima 21" dan lebar 1/4 dari panjangnya. Terlampau pandai berkawan. Berat > 9lbs


French Lop
Kacukan antara English Lop & Flemish Giants. Berbadan berat. Besar dan nampak tebal. Telinga berbentuk "hand horse-shoe"; dan panjang sehingga kira-kira 1-1 1/2" di bawah rahang bawah. Berat >10 lbs.


Seal Point Cashmere Lop, Smoke Pearl Cashmere Lop, Red-eye White Cashmere Lop, Black Cashmere Lop dan American Fuzzy Lop
Kacukan antara Holland Lop & Angora. 19 warna bulu - biru, "chestnut", "chinchilla", "lynx", opal, squirrel, pointed white, blue-eyed white, coklat, ungu lembut, "ruby-eyed white", "sable point", "siamese sable", siamese smoke pearl, tortoise shell (hitam & biru), "fawn", hitan dan jingga. Berbadan pendek, berotot padat. Berwajah bulat spserti bola dan muka yang rata. Tiada tengkuk. Berbulu lebat , halus dan panjang 1-2". Telinga tergantung lurus ke bawah, sehingga 1/2-1" dibawah tulang rahang. Berat 3 1/2-4 lbs.

Himalayan
Pembawaan yang jinak. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berwarna coklat, hitam, biru & ungu lembut di telinga, hidung, ekorl, & kaki. Mata berwarna merah batu delima. Bulu pendek putih dan licin berkilat. Badan panjang dan berbentuk silinder. Berat 2 1/2-4 1/2 lbs.


Havana
Negara asal: Holland. Warna bulu hitam, biru atau cokelat pekat. Bulu lembut, lebat & menarik dan tidah sederhana panjang. Mata merah delima. Badan bulat dan padat. Jenis pedaging. Haiwan kesayangan yang baik. Berat 4.5-6.5 lbs.


Angora
Negara asal: Ankara, Turkey.
4 jenis. English, French, Satin & Giant.
Baka tulin Giant Angora berwarna putih. Mata merah delima. Serba boleh. Berat > 9 1/2 lbs
dengan bulu yang lembut, halus, "Guard hairs" yang tegang dan lurus dengan fluff yang berketak dengan "guard tip" di celah-celah

Satin Angora
Salah satu baka yang paling cantik tetapi kurang popular di antara Baka Angora . Pengeluar bulu seperti sutera dan berkilat. Berat 6 1/2- 9 1/2 lbs.

French Angora
Besar sedikit,dengan badan yang panjang dan kecil jika dibandingkan dengan English angora. Pengelur bulu yang baik, tetapi kasar .
Telinga mempunyai jambak bulu.Berbagai warna termasuk putih padat dan bercorak. Berat 7 1/2-10 1/2 lbs.

English Angora
Paling comel dan paling popular. Mempesonakan . badut di dalam kumpulannya. Muka dan telinga gebu dan ceria & ini membuat ia seperti "stuffed animals." Berbadan padat, "cobby" dan ini membuat ia serupa bola berbulu. Berbulu panjang & seperti suterar. mata merah pekat delima . Lemah lembut. Terlalu bersifat ingin tahu dan pandai berkawan dengan manusia. Arnab rumah yang terbaik. Terkecil dari jenis Angora. Berat 5-8 lbs.

Florida White
Negara asal: Florida. Kacukan antara Dutch, Polish & New Zealand White. Warna putih tulin. Agak pendek, berbadan bulat. Berat 4-6 lbs.


Flemish Giant
Negara asal: Flanders. Berwarna hitam, "blue, fawn", kelabu cerah, kelabu "sandy", kelabu "dark steel", putih. Berbadan panjang. Rangka berat. Berat 13-14 lbs & lebih


Dutch
Negara asal: Holland. Arnab yang bergaya. Warna: hitam, biru, "torte" & cokelat, kuning, kelabu "steel", kelabu perang & kelabu mutiara. Tanda putih yang jelas dan ketara; dada, kaki depan, "blaze" (warna putih di hidung dan misai dan bersambung hingga ke tulang rahang) & tapak kaki berwarna putih. Boleh dijadikan haiwan kesayangan yang terbaik. Berat 3 1/2-5 1/2 lbs. Walaupun bersaiz kecil tetapi banyak daging susuk badan padat. Kehilangan sikit daging selepas proses.


Cinnamon
Negara asal: Montana. Kacukan antara New Zealand White-Chinchilla x Checkered Giant-Californian. Warna "rust" atau "cinnamon" dengan warna kelabu asap di belakang dan kelabu di perut. Di bahagian bawah berwarna jingga. Tompok "rust" di bahagian dalam kaki belakang dan tanda seperti rama-rama di hidung dan keliling mata. Berat 8 1/2-11 lbs.


American Checkered Giant
Negara asal: Germany. Kacukan Flemish Giant . Berat >11 lbs. Warna putih dan bertanda hitam dan biru ( di sepanjang tulang belakang , tompokan di badan , pipi, telinga berwarnas, dan keliling mata dan tanda rama-rama di hidung). Tanda-tanda menyerupai English, kecuali tiada tanda "chain". Berbadan panjang dan berbentuk baik. Berat > 11 lbs


Californian
Negara asal: USA. Kacukan antara Himalayan, Standard Chinchilla & New Zealand White. Warna putih dengan hitam, cokelat, hidung, telinga, kaki dan ekor warna biru dan ungu lembut. Mata merah. Bulu pendek dan licin. Berbadan bulat. Tenang & lemah lembut. Haiwan kesayangan yang terbaik. Berat 8-10 1/2 lbs.


Silver
Negara asal: France. Berwarna kelabu, "fawn" & perang, bulu pendek, berkilat dengan "undercoat" biru perak. Berat 4-7 lbs. Gambar menunjukkan perak kehitaman - paling popular. Haiwan kesayangan yang baik


Belgian
Negara asal: Flanders, Belgium. Haiwan domestik yang mula-mula menjadi kegilaan . Berbadan panjang, "refined", berbentuk cantik. Kaki dan telinga panjang. Warna latarbelakang merah pekat, " tan" atau "deep chestnut" dengan biru "slate" blue dan border hitam sepanjang badan dan keliling telinga. Bulu kasar. Berat 6- 9 1/2 lbs.


Argente de Creme
Negara asal: France. Terkecil dari baka Argente.
Deskripsi terbaik ialah "Orange Silver". Mirip de Champagne. Warna dibawah ialah terang, jingga . Bahagan atas krim putih dan berbulu panjang berwarna jingga. Berat 8-11 lbs.


Argente de Champagne
Negara asal: France. Warna perak - warna bahagian bawah biru gelap & bahagian atas biru keputihan dengan hitam. Hitam pekat semasa dilahirkan; bulu puith akan keluar semasa umur kira-kira 4 bulan. Berbadan gempal. Berat kira-kira 9-12 lbs.


American
Berwarna biru dan putih. Berbadan "mandolin-typed" melengkung sedikit dan meruncing di bahagian bahu. Berat 9-12 lbs.


Alaska
Negara asal: Germany. Kacukan Argente & Himalayan. Berat 6-8 1/2 lbs. Gemuk pendek. Tengkuk tak berapa nampak. Bulu hitam dan berkilat, & "matt" di perut. Mata perang gelap & kuku kaki yang gelap.

SUMBER: http://www.jphpk.gov.my/Malay/bakaarnab.htm

1 comment:

  1. semua jenis baka arnab ni tuan haji ade jual ke?

    ReplyDelete